Sunday, May 24, 2009

Renung-renungkan.......

Assalamualaikum......
Sesungguhnya dalam menjalani kehidupan ini, perlulah mengikut susunan yang betul. Teratas adalah Allah, kedua keluarga dan ketiganya kerjaya. Kita harus sentiasa meletakkan susunannya mengikut keutamaan.
Jika susunannya berubah, apa juga yang kita lakukan tidak akan menemui kejayaan dan keberkatan......
Allahlah yang maha berkuasa dan maha melihat dan memberikan kehidupan kepada kita. Kepadanyalah kita memohon segala-galanya.
Keluarga adalah amanah Allah untuk dijaga, dilindungi, dibimbing dan menentukan masa depan dan kejayaan mereka. Rezeki yang kita cari juga adalah rezeki keluarga terutamanya anak-anak.
Kerjaya adalah yang kita laksanakan setiap hari bagi memastikan keluarga kita terjamin. Bekerjalah dengan ikhlas dan yang terpenting apa sahaja yang kita bawa pulang untuk keluarga adalah halal dan sentiasa kita sekeluarga mempunyai masa untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Jika ini kita amalkan….. Insya-Allah kehidupan kita akan mendapat kerehdaan AIlah......

No comments: