Tuesday, July 28, 2009

Kata-kata pemimpin kita....

Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku ~ Tun Dr. Mahathir Mohamad

Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan productivity mereka ~ Tun Abdul Razak Dato' Hussein

Jelas rakyat dan negara kita amat bertuah. Maruah dan kedaulatan bangsa dan rakyat kita, dapat kita lindungi dan kita pertahankan. Inilah erti sebenar kemerdekaan di Malaysia ~ Tun Dr. Mahathir Mohamad





Wednesday, July 1, 2009

Sentiasa bersyukur.......

Assalamualaikum....
Banyak peristiwa yang telah terjadi dalam kehidupan kita. Oleh itu kita perlu sentiasa beringat. Kerana dunia adalah ibarat sebuah roda yang sentiasa berputar, kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah. Apa sahaja yang kita ada adalah pinjaman daripada Allah.
Jadi apabila kita memperoleh suatu, pertama yang kita perlu ingat ialah kita telah diberikan amanah ke atas perkara itu. Contohnya pangkat dalam jawatan. Kita perlu menjalankan tugas itu dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah. Bersyukur atas pemberian Allah itu. Jangan leka atau riak dan lupa diri. Kalau Allah nak ambil balik, bila-bila masa Allah boleh ambil.
Sentiasa bersyukur atas pemberian Allah kerana kalau niat kita tak elok, percayalah kita akan kehilangannya dalam sekelip mata. Masa itu tak guna menyesal, semuanya dah terlepas. Inagtlah, orang yang sentiasa menyalahkan orang lain adalah untuk menutup kesalahannya sendiri.